yang bodoh dan diperbodohkan dan bodoh sgt2...tak baik ckp "bodoh" banyak-banyak kali,nnt jadi doa lak

original post dari kedahlanie

Tiga senario berbeza.....

yang pertama

Kisah seorang pakcik, beliau salah seorang bekas kakitangan kera…jaan dan puak gerombolan tegar, apabila sudah pencen masanya lebih terluang dirumah melayan cucunya dan aktiviti seharian, selain berjemaah di masjid yang tidak berapa jauh dari rumahnya setiap kali masuk waktu solat.

Suatu pagi seperti biasa beliau keluar dari rumah pada jam 5.00 pagi menuju ke masjid, tiba-tiba laluan beliau telah dihalang oleh sebuah kereta peronda polis yang berhenti secara mengejut, keluar dua orang polis dan bertanya tujuan beliau.

Maka pakcik itu menjawap: Hai… kalau dah berpakaian macam ini… dah tentulah hendak ke masjid… kan dah nak masuk waktu Subuh ni… lagipun pagi ini kena awal sikit sebab ada program Solat Hajat.

Dan Polis itu pun berkata: Jika begitu kami terpaksa tangkap pakcik kerana telah melanggar arahan larangan yang dikeluarkan oleh jabatan agama islam.

Dan pakcik itu terus blur… dan berkata… sejak bila pula orang nak menunaikan ibadah kena tangkap ni…????

Senario kedua

Sepasang suami-isteri berbangsa cina, berkejar ke Balai Polis kerana hendak membuat laporan mereka telah dirompak semasa mengeluarkan wang di mesin ATM di bank berdekatan.

Sewaktu tiba di hadapan kaunter laporan, seorang pegawai telah mengeluarkan arahan supaya pasangan tersebut ditangkap… mereka pun tergamam dan terkejut sedangkan mereka adalah mangsa rompakan, bukannya perompak.

Tolong tuan… lu sudah salah olang… wa bukan pelompak, wa mau bikin lepot wa kena lompak….

Pegawai itu berkata: itu lain cerita… sekarang kami tangkap lu dua orang sebab pakai baju warna hitam… lu tarak baca paper ka? Ini arahan Ketua Polis…..

Waaaa… ini macam punya… alahan pun ada ka...? habis apa macam kalau kita punya family ada mati… semua olang pakai baju hitam… semua kena tangkap ka…? lu olang jadi polis sudah gila… woooo… ini malaysia manyak… gila…

Senario ketiga

Keesokkan harinya di mahkamah yang sama, kedua-dua kes diperdengarkan kepada Tuan Hakim untuk lanjutan tahanan reman. Maka Tuan Hakim pun geleng kepala dan pening… kerana alasan yang diberikan adalah tidak munasabah dan tidak masuk akal lansung. Lantas Tuan Hakim berkata kepada pegawai penyiasat sambil ketawa geli-hati dengan kes tersebut.

“Ente ada nampak itu batu…, sekali ana hempuk itu batu atas kepala ente baru ente ada akal… bodoh…”

Pegawai penyiasat pun menjawap: “maaf tuan, ana hanya mengikut arahan tuan”

Tuan Hakim: “Macam mana ente boleh jadi pegawai penyiasat, sedangkan ente tidak boleh membezakan arahan yang perlu patuh dengan yang tidak perlu dipatuhi, dan orang yang mengeluarkan arahan ini sama BODOH macam ente”

Isa: Ini adalah coretan khas buat Polis Raja Di Malaysia. Ada otak fikir… Janganlah jadi bodoh dan diperbodohkan…


**projek bodohkan rakyat malaysia semakin maju..untuk bacaan serius sila klik sini
Labels: , | edit post
0 Responses