Students' life?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Terasa hendak menulis post yang "berat" sikit, jadi nak tulis dalam melayu pula tambahan pula sekarang ni "semua" tengah bising-bising mengenai ketuanan melayu yang kian terhakis. Kali ni nak menulis dari kaca mata seorang pelajar. Sedang semua orang masih terkejut dengan tsunami pilihan raya hari tu, seorang sahabat yang pernah memegang jawatan presiden dalam salah sebuah kelab besar di MMU tiba-tiba ym saya, agaknya kerana status ym saya "...who own the last laugh?" masa tu. Saya petik sedikit ym kami tu :


xxx: siape yg own?
Badruz: tu la pasal
Badruz: tak tau lg
Badruz: tgk la esok
xxx: tp kat penang da konfirm la DAP yg own..yg nangis? org melayu yg ilang DEB...
xxx: org melayu yg sebok gadoh same sendirik
Badruz: tu la
xxx: yg tak best kite ni org melayu yg sebok gadoh same sendirik..
xxx: org cine tak pedulik da..
xxx: pangkah dap da sume..
xxx: bkn nk racist dowh..
xxx: tp mmg significant gile

Walaupun pandangan kami agak berbeza, tapi sekurang-kurangnya saya amat bersyukur apabila tanggapan saya bahawa pelajar-pelajar MMU tidak mengambil tahu perkembangan politik Malaysia adalah salah. Esoknya saya terserempak dengan sahabat tadi dan sekali lagi saya kagum apabila dia memulakan bicara dengan "ha,bad..ko tgk budak-budak MMU skang ni, piliharaya luar,politik luar semangat cakap macam-macam tapi bende jadi depan mata,dalam campus semua buat tak tau je", rupanya die ingin menimbulkan isu Christian Fellowship dan Dharma Sharing Group yang semakin aktif dan kuat di MMU Cyberjaya sedang kelab "kita" sendiri tidak besar-besar, tiap-tiap kali program orang-orang sama sahaja yang terlibat malah bilangannya juga makin berkurang. Saya bersetuju dengan dia apabila dikatakan pihak yang bertanggung jawab samada dari kalangan pelajar (MPP) atau pihak pengurusan MMU perlu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengawal gerakan seperti ini. Tahun lepas ada yang telah bercakap dengan saya mengenai satu parti di cyberia yang mana terdapat pelajar muslim kita walaupun bukan dari Malaysia atau Melayu terang-terangan mengaku bukan lagi islam,menurutnya lagi parti tu dianjurkan oleh salah satu gerakan diatas.

Sehari sebelum perbincangan tersebut, saya melalui central plaza dan telah diberi satu calendar poket yang saya tak tahu dari siapa, setelah disiasat rupanya itu adalah juga anjuran CF dengan kerjasama salah sebuah kelab di MMU, entah macam mana program sebegini boleh dibiarkan dianjurkan dalam MMU. Walaupun semua poster, banner dan promonya didalam MMU menyatakan ia dianjurkan oleh CARE Club. Tetapi apabila melihat blog program tersebut link memang terserlah Chirstian Fellowship terlibat sama sebagai penganjur program yang katanya untuk memupuk rasa cinta dan sayang dikalangan pelajar. Paling menyedihkan ada pelajar melayu islam yang terlibat dalam program tersebut malah membuat persembahan pada CARE Nite tersebut.

Apa yang mendorang saya menulis hari ini adalah apabila saya terbaca dalam salah sebuah blog yang popular di Malaysia http://kennysia.com/ mengenai mystique nite di MMU Melaka. Saya pinjam salah satu gambar dari blog tersebut, lihat dan renungkan sendiri :


Tepuk dada, tanya iman. Bagaimana generasi yang akan dilahirkan universiti selepas ini? walaupun dinner tersebut di MMU Melaka, di MMU Cyberjaya sahaja tidak kurang dari 4 Prom nite yang akan dianjurkan sepanjang bulan ini dan bulan depan, antaranya ISS nite oleh international students society, E-Night oleh Engsoc dan Masquerade Nite oleh CMC. Saya teringat semasa masih memegang jawatan sebangai exco SRC ada cakap-cakap yang tidak puas hati apabila tidak dianjurkan "U-Nite" yang mengabungkan semua faculti seperti tahun-tahun sebelumnya. Agaknya sebab itulah tahun ini semua faculti berlumba-lumba menganjurkan prom nite masing-masing dan sebab itu jugalah saya tak "dipilih" lagi tahun berikutnya kerana dikatakan "berlagak baik".

Persoalannya sekarang, siapakan yang hendak dipersalahkan? Pengurusan pelajar? pemimpin pelajar? atau kita sendiri? Paling mengecewakan apabila pelajar-pelajar yang baru mendaftar di MMU didedahkan dengan budaya sebegini seawal program suai kenal lagi dan apabila perkara ini dipersoalkan pada yang bertanggungjawab jawapannya "aku takleh buat apa-apa, X yang inchage OC". Lemah sangatkah kita yang mahu mencegah kemungkaran? kalau mahu menganjurkan program-program besar bahkan sampai ke peringakat antarabangsa kita begitu bersemangat dan yakin.


"Apabila melihatkan kemungkaran, hendaklah seorang muslim itu menghalang melalui tangannya jika tidak mampu melalui mulutnya. Sesungguhnya, selemah-lemah iman apabila seseorang muslim itu hanya menghalang dengan hatinya(membencinya) "

Agak-agaknya kita ditahap iman yang mana? jangan sampai kita tidak ada secebis iman pun dalam hati ini. Renung-renungkan, selamat beramal. Wasalam..


Labels: , | edit post
2 Responses
  1. norain shari Says:

    Salam,setuju dgn pandangan kau. tp jgn mudah melatah.ada tindak balas dari org Islam,tp sayang majoriti bangsa luar. bangsa kita? bergaduh pasal hukum lagi ke? :p
    bila diajak, banyak alasan. hu3 atau org yg ajak tu x reti nk ajak. :p


  2. salam..

    sikit pembetulan. :) itu tk buat di mmu melaka :p buat di luar.

    rasanya di cyber ana tk sure.tp kalo di mmu melaka,even program tu dijalankan,kita tetap menjalankan misi utk menghapuskannya.Bad,bukan mudah kita nak bertindak dgn terburu2.Mesti berstrategi.kita berhadapan bukan dgn budak sekolah agama yang kita bleh ambik tindakan mudah utk tukar apa saja yg kita nak.Kena ingat,masing2 dlm keadaan yang tersepit.SRC,tersepit dalam keadaan power yg diberi tk ckup utk mengharamkan secara total event2 mcm ni,sbb tkdak kuasa approve atau tk.STad?tersepit sbb diorg bukan boss besar.kalo senang2 kansel,student lak complaint-[bila buat alasan buat kt luar agak sukar ah].tp alhamdulillah,strategi berjalan dgn baik-kita kenakan syarat-hntr org utk monitor,bila dh pasti berlakunya benda2 yang melggar etika seorg plajar,dan rules as MMU programme,program semcm tu dh bleh haramkan.That club pun dlm proses ditutup.

    nk buat sesuatu,tk bleh on d spot dpt hasilnya.sebab,kesannya,adalah "rebel" yang berpjgn.

    dan masalah "prom2" ni,selagi boss besar di atas tu buat bodo,smpai bila pun akan berterusan.bukan sekali dua bagitau-dah berbuih-nak mntak org melayu bangun menentang??hehe..ketuanan melayu yg dibggakan tu lah hanya sekadar berlegar di celah2 ego sbg "melayu".sdgkan nak bergerak n support kalo pimpinan[mcm SRC] buat tindakan pun susah.

    satu saja yang boleh mengubah segalanya,jika agama diambil dalam kehidupan.

    Nabi dihantar masa zaman jahiliyyah,ambik masa 10 tahun utk tarbiyyah sistem jahiliyyah yang diamalkan.13 tahun baru ada hasilnya.jadi kita pun kena ikut cara rasulullah,yang penuh dgn kesabaran dan "taktik".

    Mulakan dgn usrah,didik jiwa2 dan iman yang lesu,biar sikit,tp ingat,mereka yang sikit jika benar2 berkualiti boleh mengubah keadaan.

    Tentang OC,benar,satu advantage jika dpt mengawalnya.tapi paling penting,adalah keep in touch senior dan student baru.Di cj,kelebihannya,ada hostel.Gunakan-gunakan segala kelebihan,kerjasama dgn pihak hostel,jumpak sume budak junior muslim,tk semestinya mesti dlm oc shj.di melaka mungkin susah nk buat cmtu.

    jika kita nak menyumbang kpd Islam,boleh dlm apa jua cara sekalipun.tgh makan,di masjid,ketika bersukan,ketika study-dakwah boleh dijalankan mengikut keadaan.istima'i atau infradi.

    crlah peluang,seikhlas mungkin untuk menyumbang kpd Agama.InsyaAllah-sama2 bantu membantu,jika yang lemah,bantulah ia..hulurkan bantuan-mengapa?kerana kita sama2 hanyalah...

    Hamba Allah..