“If it is to be, it is up to me”











OAG - For Whatever

Semester lepas diakhiri dengan banyak perkara yang tidak dijangka. Sekali ingat memang macam banyak yang berlaku diluar kawalan, tapi sebenarnya diri sendiri yang menentukan apa yang kita nak. Apapun yang berlaku,jangan sekali-kali memandang rendah diri sendiri. Tertarik dengan satu post dari seorang kenalan membuatkan saya menulis disini. Tidak berniat untuk menulis panjang, tapi post ini untuk mengingatkan diri sendiri dan kenalan lain bahawa kita terlalu terbiasa untuk menyalahkan orang lain untuk apa yang berlaku, sedangkan kita yang berhak memilih dan kesilapan kesilapan kita memilih yang selalunya merugikan kita.
If it is to be, it is up to me
Yang menjadi permasalahan sekarang, sikap ramai diantara kita yang tidak mahu memilih. Kadang-kadang terasa jengkel setiap kali mendengar "ikut kau la, aku tak kisah", "aku setuju saja, kau yang lagi paham" dan berapa cakapan senada dari orang-orang yang seperti tidak peduli pada awalnya tetapi apabila ada masalah, orang-orang inilah yang sibuk menunding jari kepada orang lain. Jadi, bagaimana hendak merubah orang yang tidak mahu memilih ini?


**satu post skema dari Badruz 5 hari sebelum semester 2 Gamma bermula

Kalau nak terbang mesti tinggi-tinggi..kalau tak tahu, kita boleh belajar...

Pada saat post ini ditulis, baru beberapa minit yang lalu Soyuz TMA 10 telah kembali ke muka bumi. sehingga ke saat ini dapat diperhatikan reaksi bercampur aduk di malaysia yang ada menyokong "Program angkasawan Malaysia" manakala sebahagian lagi beranggapan program tersebut adalah pembaziran wang rakyat. Terutamanya selepas NASA mengeluarkan kenyataan bahawa penyertaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah sebagai "spaceflight participant" atau lebih mudah dikata peserta dalam "space tourism" bukanlah sebagai angkasawan "astronout" .

Seperti biasa, akan ada pihak yang menghentam program ini seperti ulasan dari sebuah akhbar australia yang menyatakan Malaysia bukan "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan hampir RM 100 Juta untuk menghantar seorang rakyatnya ke angkasa. Dan seperti biasa akan ada rakyat Malaysia yg terpengaruh dengan media luar dan mempercayai program ini merupakan satu pembohongan kerajaan Malaysia sedangkan ia datang dari negara yang pernah melabel negara kita sebagai pengganas. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan keadaan sekarang memberi peluang kepada semua rakyat malaysia untuk mengetahui fakta disebalik program ini. Kita dapat lihat ada pihak pembangkang yang mendakwa program ini satu pembohongan manakala satu pihak(Lim Kit Siang) menyokong program ini cuma mengingatkan kerajaan supaya tidak menjadi seperti Arab Saudi yang menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa 10 tahun lepas tetapi tidak menunjukkan perkembangan yang menberangsangkn dalam bidang angkasa lepas sehingga ke hari ini. Jangankn kata pembangkang, pemimpin negara ini juga tidak sepakat dalam menghantar angkasawan negara. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari raya kedua telah meluluskan pelan tindakan pembangunan angkasa dalam keadaan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak mahu mengadakan post mortem terhadap projek penghantaran angkasawan tersebut ketika ditanya sama ada kerajaan akan meneruskannya pada masa akan datang. Dalam keadaan ini, Dato' Seri Najib dilihat lebih realistik apabila mahu mengadakan post mortem dahulu. Malah jika dilihat dari kronologi program ini, ia dimulakan oleh Dato' Seri Najib dengan pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dari Russia melalui pakej bernilai kira-kira US$900 juta. Pesawat itu akan diserahkan secara berperingkat antara Jun 2006 dan akhir 2007. Pembayaran bagi pesawat itu akan dibuat sehingga 2009. Sebagai balasan, Russia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama Malaysia.

Pada pendapat penulis, sejauh mana media luar negara memahami apa yang dilakukan oleh negara ini? Apa yang nak dinyatakan ialah progam ini bukan sahaja untuk membuka laluan bidang kajian angkasa lepas di Malaysia tetapi merupakan satu usaha untuk membuka minda rakyat negara ini apabila dapat dilihat pada sambutan hari raya yang lalu, makcik-makcik dari kampung yang tidak pernah mengambil tahu mengenai sains angkasa telah mula bertanya "ISS tu apa?" ,dan ibu bapa mula memberitahu anak mereka " Nak jadi macam sheikh muzaphar tak? belajar rajin-rajin". Cita-cita untuk menjadi angkasawan yang suatu ketika dulu hanya berani dinyatakan oleh kanak-kanak sekolah rendah tetapi menukar cita-cita tersebut sebaik sahaja memasuki alam menengah kerana sedar menjadi angkasawan merupakan sesuatu yang mustahil tetapi kini ramai telah sedar ia bukan sesuatu yang mustahil. Apabila telah ramai yang berani meletakkan cita-cita sebegitu barulah lebih banyak usaha untuk memajukan bidang angkasa lepas akan dijalankan.

Dengan berpijak di bumi yang nyata, mungkin harga RM 100 Juta merupakan nilai yang perlu dibayar untuk membuka minda rakyat Malaysia yang terpaksa diakui masih lagi diperingkat minda kelas ketiga terutama dengan virus tidak "pedulisme" yang turut melibatkan golongan berpendidikan tinggi di negara ini. Menyedihkan sekali apabila ramai yang bercakap "hensem nyer angkasawan kita" berbanding yang bertanya "Apa kajian yang dijalankan angkasawan kita di ISS?"

Malah program ini juga membolehkan negara mempunyai hubungan dengan negara-negara kuasa besar dalam bidang angkasa lepas seperti USA dan Rusia. Ini membolehkan pemindahan teknologi dilakukan. Malah penglibatan Shiekh Muzaphar dalam kajian negara asing sudah tentu akan membuka peluang yang amat luas kepada negara kita.

Apapun, penulis amat berbangga apabila ada rakyat negara kita yang terlibat sebagai angkasawan. Bagi yang menganggap program ini satu pembohongan apabila hanya menumpangkan angkasawan kita dalam roket Rusia, adakah ada cara lain selain dari menumpang dahulu sebelum belajar sendiri. Mana mungkin kita boleh menghantar angkasawan sendiri sekarang kerana teknologi negara kita dan kos yang tinggi. Jika kerajaan tidak mengambil langkah ini, sampai bila pun negara kita tak akan berkembang dalam bidang angkasa lepas. Kalau nak belajar pun dah nak hentam macam-macam susah la.


Fakta nombor : Rekod pelancaran roket angkasa sehingga tahun 2007



go to: Web rasmi program angkasawan negara
download : poster program angkasawan negara

Upin dan Ipin



Memadangkan takde keje sangat nk buat. Just uploaded upin dan ipin, all six episode.But this is just low quality version I reduced from high quality for my dopod.Boleh tengok kat mana2 dikala kebosanan. Pelik gak, ade kat cybertracker pun sampai episod 4 je. Kat Jiwang torent dulu ade yang full, pastu dah takde. So kepada yang tercari-cari episod 5 ngan 6, enjoy the show! dan kepada kak yang kat scotland..enjoy the show gak...

Pada yang tak tau, animasi ni dikeluarkn les'copaque production dan merupakan salah satu promosi tuk filem animasi 3d pertama malaysia GENG The Adventure Begin. Ha! dah enjoy tengok upin dan ipin, kne tgk ar movie diorang nnt, wat masa ni tarikh tayangan tak diumumkn lagi, tunggu je la ek..

Ramadhan yang telah pergi…

Assalamulaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan,dapat juga saya menulis sendiri dalam blog ini setelah sekian lama tidak mempunyai post baru dalam blog ini dan kalau ada pn cuma copy paste dari blog org lain. Alasannya "takde mase" hahaha..pada awal-awal blog ni tak diupdate ramai juga yang bertanyakn bila blog ini akan update..tp setelah sekian lama, tiada sesiapa lagi yang bertanyakn mengenai blog ini (dah putus asa agaknya ;-) jangankn nk update blog sendiri, nk tengok2 blog kawan2 pn dah tak sempat, akhirnya peluang cuti ini digunakan sepenuhnya tuk tengok-tengok blog kawan-kawan..yang peliknya ada antara link ke blog ini pada ada antara blog2 kawan yang begitu aktif sudah tiada lagi, mungkin kerana meyangkakan blog ini telah mati atau maybe post2 yang terbaru bukan lg post2 yang mempuanyai haluan yg jelas seperti dulu (banyak post2 merepek je-bg diorang la) . Dengan ini, saya mengistiharkn blog ini masih lagi hidup seperti dulu walaupn ada ,masa2 tertentu blog ini tak diupdate kerana sibut dengan tugasan lain.

Dalam tak sedar, dah masuk hari kesembilan syawal pada hari ini, cepat betul masa berjalan, actually ada something saya nk tulis dalam blog ini pada bulan ramadhan yang lalu tetapi hajat tersebut tidak kesampaian kerana terlalu sibuk. Rindu dgn Ramadan, rindu nak smbhyg teraweh..baru sehari dua raya aritu, da rasa mcm kembali ke dunia lama.Asyik berkejar sana sini, tak sempat nak tadarus ramai2, nak bangun qiam pon da liat, solat pon kdg2 nak akhir2 waktu... aduh2...astagfirullah...rasa nak patah balik ke ramadan aritu…Sibuk sgt nk exam...anyway, syawal ni pon kita bole gak kejar pahala..antaranya dengan puasa sunat 6.

Sabda Rasulullah saw "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Hadis Riwayat Muslim)"

Antara yang nk ditulis pada bulan ramadhan yang lepas adalah rase pelik apabila pada bulan ramadhan yg lalu..saya amat bersyukur apabila ramai pelajar yang pergi ke masjid MMU untuk menunaikn solat terawih. Tapi yang anehnya, perkara tersebut hanya dapat dilihat pada masa solat terawih. Tidak pada masa solat-solat yang lain. Bagaimana jemaah yang memunaikn solat terawih lebih ramai dari jemaah solat subuh dah solat2 fardhu yang lain? Ada dikalangan pelajar (maaf jika ada yag terasa) terasa malu apabila ditanya "ko tak g terawih ke?" tetapi tidak terasa apa2 apabila tidak pergi ke berjemaah pada waktu solat lain. Terkadang masalah dalam komuniti kita adalah apabila kita lebih memberi tumpuan kepada perkara-perkara sunat sedangkn mengabaikn perkara-perkara wajib. Menyedihkn apabila seperti diluar bulan ramadhan, hanya pelajar-pelajar arab yang memenuhi saf di masjid pada waktu solat subuh, nak dikatakan tak student melayu bangun dari tidur, ramai yang bagun untuk bersahur, jadi seharusnya jemaah untuk solat subuh juga sama atau lebih ramai dari jemaah pada solat terawih.

Juga diharapkn, amal yang kita lakukn pada masa bulan ramadhan dapat diteruskn hingga kita bertemu ramadhan yng akan datang, InsyaAllah..bukan yang ditinggalkn seperti perginya ramadhan meninggalkn kita.

Huhu, peringatan diatas bukan untukk orang lain je, tapi untuk yg menulis ni gak..hehe..actually byk nk tulis lg..tp lain kali je la..

Akhir kata..Selamat hari raya dan maaf zahir batik kepada semua!!

Apa ada dengan cinta

tertarik dengan post dari kak sendiri :




saya: so, how was ur elective?

xxxx: oh...it was good, really good...quite like it tho hkl is too busy

saya: what do u think about msia?do u like it?

xxxx: yea..yea...it's a nice country, people seems to be very nice as well...erm...can i ask u, is ita norm in msia that a boy n a girl go out together? is it like a culture?

yyyy: is it accepted in ur country? i mean...cos we dun do that here...it's just a bit weird (kawan lagi sorg menyampuk)

saya: (masa tuh saya trus pandang flatmate saya kat sbelah, dlm ati, ish..camne nak jwb dgnbaek ni, rasa cam soalan exam lak..hahaha)dialog seterusnye, maybe korg bole reka sdiri la kot ek..bila dia da tanya camtu, baru la saya teringat balik da setahun lebih saya tak nampak budaya camtu..erm, lebih specific, budaya couple...memang perasan la, kat sini takde org islam yang keluar berdua2 bukan mahram...msian kat dundee ni pun takde..(baek budak2 kat dundee nih..hahaha) 4 tahun saya blaja kat kl, memang budaya ni makin melampau2...mmg macam da jadi culture...sampaikan ibu bapa ada yg takut kalo anak2 takde boyfren atau girlfren..ish...ape la nak jadi...sampaikan org luar yg dtg negara kita tak sampai sebulan pon perasan bende ni...nampak sgt la da berleluasa..

read more..



Sambil-sambil promote blog kak sendiri..nk jadikn perkara ni renungan kita bersama..

Langkah baru dengan wajah baru...

Baru saja selesai merubah wajah blog yang seakan-akan mati selama ini =P

Nantikan post terbaru yg bakal menyusul...

**baru selesai "membersihkan" bahagian pictures and upload gambar2 baru..